YRMS TVET Open Day atau Hari Terbuka TVET YRMS merupakan sebuah platform tahunan untuk Yayasan Raja Muda Selangor mendekati masyarakat dan menyediakan kandungan yang memberi kesan positif dan manfaat kepada pelajar, masyarakat serta alumni kami melalui pelbagai kerjasama, aktiviti dan perkongsian strategik. Bagi tahun 2025, hari terbuka ini akan berlangsung pada 6 November 2025 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
YRMS TVET Open Day is an annual platform for Yayasan Raja Muda Selangor to reach out to the community and provide content that has a positive impact and benefits our students, community and alumni through various collaborations, activities and strategic partnerships. For 2025, this open day will take place on 6th November 2025 at Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
Sebuah platform bagi pelajar dan pengamal TVET belia untuk bersaing dalam pertandingan yang berprestij. Dengan tema “TVET untuk Masa Depan Mampan“, pertandingan ini memberi peluang bagi golongan belia menyerlahkan kemahiran, pengetahuan dan latihan mereka untuk membuahkan hasil yang inovatif ke arah masa depan yang lebih hijau dan mampan.
A platform for TVET students and young practitioners to compete in a prestigious competition. With the theme ‘TVET for a Sustainable Future’, the competition provides an opportunity for youth to showcase their skills, knowledge, and training to produce innovative outcomes towards a greener and more sustainable future.
Bengkel kerjaya oleh PERKESO mengetengahkan perkongsian berkenaan kerjaya, platform MYFutureJobs, dan Jaringan Keselamatan Sosial untuk memberi pendedahan awal serta persediaan temuduga kepada peserta. Disasarkan kepada peserta belia dari kolej dan komuniti.
A career workshop by PERKESO featuring sharing sessions on careers, MYFutureJobs platform, and Social Security Network, aimed at providing early exposure and interview preparation for participants. It is targeted towards youth participants from colleges and the community.
Kelas bertujuan untuk melengkapkan para pelajar dengan modul asas perancangan kewangan yang boleh mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
The class aims to equip students with basic financial planning modules that they can apply in their daily lives.
Satu majlis anugerah tahunan kepada para penerima tajaan dan pelajar di institusi kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor. Pencalonan Anugerah YRMS terbuka kepada pelajar dan alumni dalam 4 kategori:
An annual award ceremony for the sponsorship recipients and partner institution students of Yayasan Raja Muda Selangor. YRMS Award nominations are open to students and alumni in 4 categories:
The Foundation offers assistance to youths between 16 to 30 years of age. This opportunity is open to all youths in the country, of all races and religion, in order to help them achieve their dreams and build a better future.